Tahniah MH Online ucapkan kepada penyanyi terkenal, Akim Ahmad, isterinya, Stacy telah selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 5.17 petang tadi.

Berita baik itu dikongsi sendiri oleh pelantun lagu Potret menerusi akaun Instagramnya. Bagaimanapun wajah anak mereka masih belum didedahkan lagi.

“17.02.17 jam 17.17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami.

“Syukur, semuanya baik-baik sahaja. Terima kasih diatas doa anda semua,” tulis Akim sambil menunjukkan kaki bayi yang comel itu.

Gambar yang mendapat ‘likes’ hampir 27 ribu ketika artikel ini ditulis, pada masa sama juga dua ribu pengikut dan pengguna laman sosial tersebut tidak ketinggalan melahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Akim dan Stacy.

Antara rakan artis yang turut memberikan komen ialah Datuk Red, Alif Satar, Hafiz Suip, Hyperact dan ramai lagi.

MH Online dan warga MH Sinar Harian doakan semoga puteri Akim Stacy membesar dengan sihat dan menjadi wanita solehah. Buat Stacy selamat menjalani proses berpantang. Tak Saba nak tengok wajah baby tu.

#sumber Instagram Akim Ahmad