Sebelum ini ada yang mendakwa bahawa pelakon Ayda Jebat dan Redza Rosli sedang menjalinkan hubungan. Menambah kuat lagi dakwaan itu apabila pada malam Anugerah DFKL baru-baru ini Redza telah merangkul bahu aktres cantik itu.

Walau bagaimanapun Ayda menepis dakwaan itu tidak benar dan berkata, peminat mempunyai tanggapan masing-masing dan berbeza-beza, namun bagi dirinya dia tidak boleh memuaskan hati semua orang.

“Peminat, mereka ada maca-macam harapan dan tentunya bukan kepada saya saja, ini termasuklah Redza juga.

“Bagi saya sendiri, saya tak boleh nak puaskan hati semu orang. Saya hanya boleh jaga hati saya dan juga kedua orang tua saya sahaja.

“Saya tahu jaga batas saya, kalau rasa saya sesuai dengan Redza aminkan saja,” ujarnya.

Ayda yang ditemui ketika menghadiri upacara sambutan ulang tahun pertama tonton VIP sekali gus dilantik sebagai duta baru, menyifatkan andai pemilihan dia dan Redza adalah kerana sensasi, dia melihat dari segi perspektif yang baik.

“Bagi saya tak ada masalah kalau mereka rasa ini satu sebab saya diambil sebagai duta tonton, saya positif selagi komitmen ini digunakan untuk kebaikan bersama.

“Kalau ada pengikut yang bagus untuk pasangan ini kenapa tidak, malah saya dan Redza bukan untuk platform ini saja, kami memang banyak bekerjsama.

“Saya dan Redza tak ada isu dan kontroversi yang begitu serius. Pandangan saya peluang yang datang seperti tawaran duta, adalah perkara yang positif dan kita kena lah jadikan ia positif, kalau negatif impaknya saya mungkin akan kurangkan gambar dengan dia atau apa cara sekalipun demi kebaikan.

“Kalau asyik fikir negatif macam mana nak berkawan dengan dia, rasa sedih nanti. Saya dan Redza dah lama berkawan,” katanya.

Peminat mana yang tak suka kalau Ayda dan Redza disatukan, masing-masing single dan sepadan pun. Bak kata Ayda kalau suka aminkan saja. Amin.

 

Amboii I Love You katanya. Shy2 terus Ayda #mhonline #mediahiburan #tonton #tontonvip

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on