Selamat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah pada Sabtu lalu. Bagaimanapun pelakon Shima Anuar menolak dakwaan berkahwin kerana status suami yang merupakan seorang jutawan dan ahli bisnes sekali gus memperlahan kariernya.

“Walaupun status suami berada di tahap atas tetapi dia sangat merendah diri dan sempoi. Jadi saya juga selesa tak perlu nak berprotokol sangat, kahwin bukan kerana status.

“Fasal kerjaya saya dia seorang yang sangat menyokong dan masih lagi memberikan peluang untuk meneruskan kerjaya saya. Cuma saya sebagai orang isteri harus tahu tanggungjawab dan batas-batas bila berlakon.

Baca: ‘Sekolah Pondok Bukan Media Cetak Ustaz’ - Dzawin MLM

“Sebenarnya ada masa-masanya dia (suami) datang juga ke lokasi penggambaran, itupun bila dia ada kelapangan waktulah,” ujarnya.

Dalam perkembangan untuk berbulan madu pula hanya merancang untuk menunaikan umrah tetapi belum ada tarikh yang sesuai kerana jadual masing-masing padat.

Amboi suami siap datang ke lokasi penggambaran you all! Intai ke tu.

 

Well done @kopicair 😅#SolihShimaIjabQabul #8April2017

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on