Kerap memuat naik gambar bersama antara pelakon popular Ayda Jebat dan Redza Rosli, aktor kacak itu tidak ambil pusing dengan spekulasi liar yang sudah mula bertebaran di laman-laman sosial membabitkan dirinya dan Ayda.

“Saya tidak kisah dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, sebab saya yang bawa diri dan lalui sendiri situasi hidup ini.

“Mereka boleh bercakap dan buat macam-macam spekulasi tentang saya, tetapi sebenarnya mereka tidak kenal siapa diri saya.

“Status saya dengan Ayda hanya kawan mesra, mungkin kerana orang tengok kami rapat dan salah satu sebabnya juga saya selalu kongsi  gambar dengan dia di Instagram,” ujarnya.

Redza memberitahu perkara itu ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun pertama tonton VIP sekali gus dilantik sebagai duta baru tahun ini.

Mengulas lebih lanjut, Redza mendedahkan personalitinya sukar untuk bergaul dengan orang kerana itulah dirinya. Bagaimanapun, sifat pemalunya itu mula dihakis apabila Ayda hadir dalam hidupnya.

“Saya orangnya memang jarang bergambar dengan perempuan, tetapi dengan Ayda sebab kami sedang menjalani proses penggambaran.

“Bila dah kerap mungkin orang andaikan kami bercinta, perasaan saya terhadap dia biarlah saya sendiri yang simpan.

“Ciri-ciri salah satunya yang ada pada Ayda ialah ramah, saya seorang yang sangat susah nak masuk kepala, bukan tak boleh berkawan cumanya saya lebih banyak memerhati dan bercakap dengan orang sebab dari sekolah memang tak pernah bersosial.

“Pendek kata dengan Ayda banyak ajar erti hidup, kami pun dah lima tahun berkawan. Antaranya dia banyak ajar bergaul dan berlakon. Buat masa ini memang Ayda yang paling rapat dengan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Redza dan Ayda sedang menjalani penggambaran drama bersiri Ku Kirim Cinta yang akan menemui penonton pada bulan puasa nanti.

 

Amboii I Love You katanya. Shy2 terus Ayda #mhonline #mediahiburan #tonton #tontonvip

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Merecik ayat Redza! Ayda banyak ajar erti hidup you all.