Sejak awal siaran konsert Mentor Milenia 2017, nama Usop tidak pernah putus daripada mulut peminatnya. Difahamkan, peminat mula bersorak dan menjerit nama Usop sama ada sebelum konsert bermula mahupun ketika dia sedang menyanyi. Hebat penangan Usop ni ya.

Terdahulu, Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Nizam Muhd Noor, 20, pernah dua kali gagal ketika mencuba nasib untuk menjadi protege kepada mentor Black dan Akim. Namun tidak mudah mengalah, akhirnya diterima oleh Hazama.

Baca: Aizat Puji Kesungguhan Fattah Amin Menyanyi

Seperti peribahasa Melayu berbunyi ‘yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang’, bermaksud sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha.

Sehinggakan sebelum ini vokal Usop pernah mendapat pujian daripada Datuk Hattan pada konsert minggu keempat, ketika menyanyikan lagu Titian Hasrat (Samudera).

“Awak patut bersyukur kerana awak lahir ada suara yang sedap. Awak penyanyi pertama yang membawakan lagu tersebut sampaikan saya terasa.

“Pesan saya apabila awak berada di luar sana, jangan lupa daratan apabila awak sudah popular nanti. Bahkan jangan sesekali tenggelam dalam pujian, itu kena ingat. All the best,” ujar Hattan.

Jom layan konsert Usop minggu kelima baru-baru ni.