Lazimnya segelintir artis akan berasa gementar apabila digandingkan dengan pelakon hebat, lebih-lebih lagi jika pelakon itu sudah berumah tangga. Jadi mungkin kena jaga batasnya.

Bagaimanapun pelakon Izara Aishah tidak pernah terfikir untuk berasa gementar apabila digandingkan dengan pelakon sinetron terkenal Irwansyah.

"Saya orangnya jenis yang profesional tentang kerja, jadi memang tak ada fikir pun tentang hal peribadi seseorang tu," ujarnya kali pertama berlakon dengan Irwansyah.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646179.1489980827!/image/image.jpg

Baca: Amyra Hamil 7 Minggu; Amar Tak Senang Duduk

Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, 24, ditemui di lokasi penggambaran di Puncak Jakarta, Indonesia, untuk drama Dia arahan Eoon Shuhaini dan pengarah bersama Omar Aly Adly.

Pada masa sama heroin filem J Revolusi itu mengakui antara sebab lain menerima tawaran berlakon dalam drama Dia ialah kerana adanya pembabitan Irwansyah.

Baca: Ezzaty Abdullah Muntah Berlarutan

"Jangan salah faham (tersenyum), saya terima tawaran watak untuk berlakon kerana adanya pelakon Indonesia dan secara tak langsung saya dapat menimba peluang baru untuk berlakon dengan aktor dari negara jiran pula," katanya ringkas.

Untuk rekod, drama Dia bakal disiarkan di TV3 bermula November tahun ini. Antara gabungan hebat pelakon Malaysia yang lain ialah Janna Nick, Zamarul Hisham, Aleza Shadan dan beberapa barisan bintang baru Indonesia.