Meniti hari untuk menimang cahaya mata kedua, nampaknya penyanyi dan komposer terkenal, Yusry KRU lebih bersikap terbuka dalam berkongsi perkembangan peribadi rumah tangga mereka.

Terbaru menerusi Instagram Yusry sendiri ada memuat naik gambar baby bump isteri tersayang sambil mencoret kapsyen yang ternyata bapa kepada seorang anak ini sudah tidak sabar untuk mempunyai seorang lagi zuriat.

“We are almost there sayang. Cepat betul masa berlalu. Yahaira nak jadi Kak Yong dah,” tulis Yusry.

Setakat artikel ini ditulis, gambar tersebut berjaya mencuri perhatian orang ramai sehingga mendapat ‘likes’ hampir 21 ribu. Tak kurang juga ramai yang turut teruja melihat baby bump Lisa tu.

Rata-rata mendoakan kandungan lisa sihat dan selamat bersalin. Menariknya peminat seakan pandai betul dalam menilik dan meneka perut Lisa tu. Kata mereka baby boy. Kalau betul, seronoklah pasangan Yusry dan Lisa ada anak sepasang.

Ieda Muar: Baby Boy!

Adam: Baby Boy!

Badrina: Baby Boy sangat!

Mastura: Gaya perut macam baby boy.

Farrah: Semoga dipermudahkan segala urusan… tengok perut macam baby boy.

Ibu Anas: Baby boy ni, masa kenduri doa selamat hari tu dia orang pakai sedondon biru. Mesti boy ni.

Norshahimaa: Macam baby boy je ni. Comelnya, tahniah both of you and Yahaira too.

Terdahulu Yahaira selamat dilahirkan pada jam 11.44 malam 15 September 2015, dan menariknya Yahaira berkongsi tarikh lahir dengan bapanya yang lahir pada 15 Jun 1973.

Untuk info, pasangan Yusry dan Lisa selamat disatukan pada 23 Februari 2012 dan Yusry telah mengumumkan mengenai kehamilan isterinya di sidang media pelancaran filem Cicakman 3 pada Januari 2015.

MH Online ucapkan semoga kandungan Lisa sihat dan segala urusan dipermudahkan.