Figura anggun iaitu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor ketika ini giat dalam perusahaan perniagaan tudung bagaimanapun tidak mahu memikirkan soal jodoh lagi.
 
"Kalau kita mempunyai kekasih hati sudah tentu kita mahu mengikat perhubungan itu ke arah lebih serius dan mendirikan rumah tangga. Hakikatnya sekarang ini saya masih lagi tidak mempunyai kekasih hati.

Baca: Neelofa Tampil Jelas Isu Produknya Ke Israel
 
"Walau bagaimanapun, saya akan lebih panik dan serius untuk memikirkan soal jodoh bila mana usia menjangkau 30 tahun nanti," katanya sambil berseloroh.
 
Pengacara terkenal MeleTOP ini turut berkata, buat sementara waktu ini dia mahu lebih fokus dengan kerjanya sekarang.
 
Dalam artikel sebelum ini, Neelofa yang boleh dikategorikan sudah berjaya dalam cabang perniagaan, ada menyatakan hasrat untuk membuka cawangan tudungnya di New York nanti.

Baca: Neelofa Mahu Tembus Pasaran Antarabangsa
 
Untuk cerita lanjut Neelofa boleh dapatkan majalah Media Hiburan kini di pasaran.
 
Whatsapp di nombor 011-29061240 atau muat turun melalui aplikasi Majalah Media Hiburan versi digital di App Store atau di Google Play untuk android.