Esok 13 Januari akan berlangsungnya majlis akad nikah pelakon kesayangan ramai, Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, bersama bakal suaminya iaitu penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan.  Pasti ketika ini mereka dalam debaran kan menunggu majlis berlangsung. 

Majlis pernikahan akan diadakan di Taiping Sentosa Villa, Taiping, Perak pada jam 9.30 pagi dan majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya Taiping Gold and Country Club, Taiping pada sebelah malam.    Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan. Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.

Gambar pra perkahwinan juga sudah dirakamkan di New Zealand. Cantik-cantik gambarnya.

Sebelum ini iaitu pada 2 Disember lalu Mia dan Izham telah mengadakan sidang media mengumumkan mengenai majlis perkahwinan mereka.  Menceritakan detik-detik perkenalan, semuanya bermula di Twitter iaitu Izham sendiri telah tweet kepada Mia terlebih dahulu.  

Izham juga mengakui sebagai lelaki dia yang cuba mendekati Mia kerana minat dengan cara dan perwatakan Mia ketika berlakon.  Sementara Mia pula, jatuh cinta kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain bola tersebut yang tidak putus asa mendekatinya.

Kami di MH Online mengucapkan agar majlis Mia dan Izham berjalan lancar.