Heroin drama Suamiku Paling Sweet, Mawar Rashid,22, ketika dihubungi MH Online hari ini mengaku kini sedang berkawan rapat dengan Raden Ahmad Faizal,32, atau lebih dikenali sebagai Raf di kalangan teman rapat.

Raf merupakan adik kepada selebriti dan pakar motivasi terkenal, Datuk Fazley Yaakob.

Ditanya mengenai sejauh mana hubungan mereka berdua, Mawar memberitahu, Raf merupakan lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini.

"Hubungan saya dan Rafi masih lagi baru dan kami mulai saling mengenali apabila diperkenalkan rakan saya, Emma Maembong beberapa bulan lalu.

"Alhamdulillah, setakat ini apa yang boleh saya katakan, kami masih lagi dalam fasa berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

"Cuma itulah, dalam tempoh ini, ia berjalan dengan baik dan hubungan kami kian rapat.

"Apapun, fokus utama saya kini adalah untuk kerjaya. Soal cinta itu, saya tidak mencari tetapi hati ini tidak menolak andai ditemukan dengan lelaki yang serasi,"katanya.

 

#AkuDanDirimu PART 2 #Mawaraf @rafyaakob Things we do while waiting for my next scene. Telinga korang berdarah tak dengar we all nyanyi? ๐Ÿ˜‚

A post shared by ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒนMawar ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน (@mawarashid) on