Apa lah nilai wang ringgit kepada si pencinta seni seperti Leonardo Dicaprio. Dilaporkan beliau telah membelanjakan hampir RM559,739 pada sebuah karya lukisan nukilan Ed Ruscha.

Dicaprio menghadiri sebuah majlis amal di Beverly Hills iaitu Sean Penn’s J/P HRO Haitian Relief Organization Haiti Rising. Pemenang anugerah Oscar itu bukan sahaja selalu menghadiri majlis yang dihoskan oleh Sean Penn, malah beliau juga menyumbang sebuah lukisan dari Harmony Korine untuk jualan amal.

Hasilnya, lukisan itu berjaya dilelong dengan harga RM313,493 atau $70,000.00.

Majlis amal itu bertujuan untuk membantuan mangsa-mangsa gempa bumi Haiti pada tahun 2010 dan kini ia banyak memberi bantuan kepada mangsa Taufan Matthew, Oktober lalu.

Bukan DiCaprio sahaja menghadiri majlis ini, terdapat juga ramai selebriti A-Hollywood seperti Diane Kruger, Trevante Rhodes, Lily Collins, Pamela Anderson, Jason Segel, Soleil Moon Frye, Jeremy Renner, Elizabeth Olsen, Connie Britton, Sophia Bush, Edward Norton, Veronica Ferres, Patricia Arquette, Joel Edgerton, Rachel Zoe dan Emile Hirsch.