Kekasih mana tidak bengang bila pasangannya dikritik. Tambah pula dikecam secara terbuka dan semua orang baca. Kamal pula tampil jadi herolah, agak panas juga jawapan kekasih Emma ini.

Memuat naik gambar di laman Instagram sendiri, imej Kamal sedang menjaga Emma yang sedang sakit dan mendapatkan rawatan di hospital, bagaimanapun mendapat kecaman yang mengundang kemarahan aktor itu.

“Bila interview tak mengaku couple. Sekarang risau bagai macam couple, meluat pula. Emma ini attract attention, tukar-tukar jantan. Tak sesuai Kamal dan Emma, Emma dan Zizan saja yang sesuai,” komen individu yang dikenali sebagai Vogue Face.

Pada masa sama peminat yang membaca komen itu turut marah dan ramai yang tidak berpuas hati terhadap individu yang tidak kenali identiti sebenarnya. Kalau yang membaca pun rasa bengang, bengang lagi Kamal.

“#silameninggal,” balas Kamal kepada individu berkenaan ringkas dan padat.

“Komen terbongok di Asia. Hak dia orang lah nak mengaku ataupun sebaliknya. Buat apa nak canang couple lastly ‘kelaut’. Lagi best bila umum nak kahwin, biar gambar berbicara faham-faham sendirilah. Duk angkat Zizan, suka hatilah Emma nak dekat siapapun. Tapi aku rasa Kamal calon sesuai untuk Emma, nampak ikhlas happy dan hubungan mereka pun nampak matang,” komen Sakura.

http://www.mediahiburan.my/polopoly_fs/1.663326.1492745420!/image/image.png

Nampaknya pasangan ini masing-masing sudah menunjukan bahawa mereka sudah bersedia untuk ke peringkat yang lebih serius.

Terdahulu, Kamal pernah menyewa satu panggung wayang semata-mata untuk memberi kejutan hari jadi Emma. Terbaru, Emma pula yang memberikan kejutan kepada Kamal di hospital.

Kalau sudah hangat bercinta apa pun tak rasa. Sakit-sakit pun Emma sanggup buat demi insan tersayang. Semoga hubungan kalian berdua kekal hingga ke jenjang pelamin.

Pedulikan kata-kata orang yang cemburu itu, biasalah haters di mana-mana.  Sabar ya Kamal, Emma.