Filem Heart, gandingan bersama kekasih hati antara Irwansyah dan Acha Septriasa tidak pernah jemu untuk ditonton berkali-kali, bahkan lagu hit Irwansyah, Pencinta Wanita turut menjadi kegemaran peminat jejaka tampan itu di Malaysia.

Pun begitu, percintaan mereka gagal pada tahun 2009 dan Irwansyah, 32, telah pun bernikah dengan Zaskia Sungkar pada tahun 15 Januari 2011.

Sejak putus cinta mereka kurang berhubung dan khabarnya peminat di Indonesia dan Malaysia masih mengharap agar suatu hari nanti Irwansyah dan Acha dapat digandingkan semula.

Baca: Perasaan Izara Berlakon Dengan Suami Orang

Tetapi mungkin jawapan ini akan buat anda kurang gembira.

"Lebih baik tidak, kamu fikir yang terbaik. Itulah kata isteri saya bila mendengarkan ada permintaan yang mahu saya Acha digandingkan lagi.

"Justeru, saya sebagai suami tidak mahu buat isteri saya bersedih. Jadi sejak putus hubungan saya sudah tidak berlakon dengannya lagi.

"Tetapi sekarang Acha sudah bernikah. Jadi, mungkinnya isteri saya perasaan cemburunya itu tidak ada lah, insya-Allah," ujarnya isteri seorang yang manja dan tegas.

Apa yang diluahkan Irwansyah ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Dia yang bakal disiarkan di TV3, ada betulnya. Nak buat macam mana jodoh tak ada. Kita doakan semoga Irwansyah bahagia hingga ke Jannah bersama isteri tercintanya.