Penyampai radio Era FM itu juga senang mengklasifikasikan hubungan mereka tidak lebih dari hanya sekadar kawan rapat sesama artis.

“Saya dengan dia memang berkawan rapat, getting to know each other.

"Selalu berhubung dengan Ayda kerana dia seorang yang matang dalam hal yang berkaitan dengan pengalamannya di dalam dunia seni kerana dia masuk industri lebih lama dari saya.

“Dia banyak bagi nasihat dan apa yang dia kongsi itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya. Saya sendiri tak boleh cakap apa-apa kerana kita tidak tahun masa depan jadi macam mana.

“Biarlah ia just go with the flow,” jelasRadin yang turut menambah, dia tidak kisah andai ada persepsi yang mengatakan dia menumpang populariti Ayda untuk meraih perhatian.

“Saya hanya pegang pada konsep tak kisah orang kata apa. Saya pun bekerja di stesen radio popular dan bila ada buat kemunculan di kaca televisyen, ada juga yang kenal.

Cuma saya tidak menafikan, persahabatan saya dengan Ayda sedikit sebanyak membantu memperkenalkan diri dalam dunia seni,” katanya lagi.