Minggu lalu hangat cerita tentang Hafiz Hamidun yang bakal berkahwin tidak lama lagi dengan pilihan hatinya, Joy Revfa yang merupakan seorang pengasas produk kosmetik.

Ramai yang mengatakan bahawa Hafiz ingin mengahwini bakal isterinya itu hanya kerana harta yang dimiliki oleh Joy.

Hafiz tampil dan menafikan tuduhan ke atasnya itu, beliau mengatakan bahawa beliau sendiri tidak mengetahui siapa Joy pada peringkat awal perkenalan mereka jadi segala tuduhan yang dilemparkan itu adalah tidak benar.

Beliau juga berkata,

“Sejak dahulu saya memang mencari pasangan hidup yang pandai berbisnes. Saya juga mempunyai rangkaian perniagaan sendiri dan tak mungkin mahu lagi menumpang orang lain. Jadi, bila bertemu dan ada keserasian, kami lanjutkan sahaja ke pernikahan,”

Diharap Hafiz tabah menghadapi segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan semoga urusan pertunangannya esok berjalan dengan lancar.

Sumber: Utusan Malaysia