Pelakon Ezzaty Abdullah difahamkan baru sahaja sembuh selepas pulang dari tanah suci Mekah. Sebelum ini Ezzaty memberitahu dia muntah hampir setiap masa malah berlarutan sehingga menyangka dirinya hamil.

“Masa pergi ke Mekah sepatutnya saya period, tapi alhamdulillah doa saya termakbul supaya tak datang bulan ketika berada di sana dan dipermudahkan semuanya.  

“Tapi yang peliknya ketika berada di sana, setiap kali selepas makan, mesti saya akan muntah. Sampai ada satu tahap makan pisang pun saya muntah.

Baca: Amyra Hamil 7 Minggu Amar Tak Senang Duduk

“Bila keadaan saya macam tu suami pun ada bertanya sebab risau.  Dan secara kebetulan dalam rombongan jemaah kami ada seorang bidan, katanya tengok gaya saya ini seperti pantang tak boleh bau-bau, dia kata saya mungkin hamil.

“Bila dengar saya dan suami gembira sangat sebab kami memang hajat nak anak cepat.  Tapi nasib tak baik, bila dah balik ke Malaysia, tiba-tiba saya datang bulan selepas tiga minggu tak datang,” ujarnya.

"Sedih sangat sebab saya ingat memang dah hamil," ujarnya.

 

 

Hari ni kite dibuli oleh Yayan. Ingatkan pakai topi sebab nak ajak jalan2 rupanya kene dukung kat belakang. 😅#rayyanhareez

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Bertabah dan terus positiflah wahai Ezzaty. Inysa-Allah ada hikmah yang terbaik buat anda.