Baru-baru ini Emma Maembong jatuh sakit dan telah dimasukkan ke hospital.

Menariknya dalam tempoh Emma dimasukkan ke wad, bekas Hero Remaja iaitu Kamal Adli ada menemaninya. Buah hati pengarang jantung sakit, mestilah Kamal kena jaga.  

Walau bagaimanapun, dalam sakit-sakit Emma tu pun sempat lagi Emma gigihkan diri buat kejutan untuk kekasih hatinya, sambut ulang tahun hari kelahiran Kamal.

“Happy birthday Kamal Adli, sorry on your birthday kena jaga saya dekat hospital pula.

“Nampak sangat muka tak cukup tidur. Walaun tak berapa sihat, gigih saya nak buat kejutan untuk awak dengan kek dan hadiah. Harap awak suka,” coretnya.

Pada masa sama juga di akaun Kamal Adli pula memuat naik gambar ketika menjaga Emma dan kapsyen berharap kekasihnya itu cepat sembuh. Ada juga yang mendoakan agar pasangan ini lekas berkahwin. Habis dah sweet sangat, kahwin sajalah cepat ya tak.

“Ya Allah kau sihatkanlah cepat gadis baik ini. Kuatkan semangat dia ya.

“Harap yang baca ini doa yang baik-baik dan pelihara kesihatan Emma Maembong ya.

“Sakit-sakit pun cantik,” tulis Kamal.

Sementara menerima ‘likes’ dalam puluhan ribu peminat masing-masing. Tidak kurang juga di ruang komen masing-masing. Dihujani dan dibanjiri dengan doa selamat buat Emma supaya cepat sembuh.

Natalia James: Semoga cepat sembuh. Emma dan Kamal, kahwin sajalah.

Ate: Syafakillah kak Emma

Fara: Amin, kak Emma Maembong yang lawa suka tengok akak berlakon, manja sangat.

Mr Azarul Mohd: Macam pinang di belah dua, tunggu apa lagi Cik Emma dan Kamal.

Izzani: Selamat menyambut hari jadi abang Kamal, buat kak Emma semoga cepat sembuh.

 

#sumber IG Emma & Kamal