Tarikh 11 Januari merupakan tarikh yang akan diingati oleh sebilangan besar peminat penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza.  Ini kerana tarikh tersebut merupakan tarikh kelahiran Siti.  

Pada tahun ini, 11 Januari jatuh pada hari Rabu.  Pun begitu, disebabkan pada tarikh tersebut Siti akan berada di Indonesia untuk mengadakan persembahan di sana maka sambutan hari lahir ke 38 Siti diadakan lebih awal iaitu pada 8 Januari lalu di The View, Hotel GTower, Kuala Lumpur.

Selain daripada keluarga, VIP, rakan perniagaan, staf, ramai juga rakan-rakan artis yang dijemput hadir dalam majlis tersebut seperti Johan, Ozlynn, Aaron Aziz, Fasha Sandha, Nazim Othman, Izara Aishah, Elizabeth Tan, Rizman, Siti Elizad dan beberapa orang lain.  

Happy Birthday Tuk Ti!