Di Facebook ramai yang terkejut apabila melihat pelakon Boy Iman yang menerima anugerah yang membawa gelaran Doktor. Sedangkan sebelum ini tak ramai pun yang tahu dia sedang menyambung pengajiannya. 

Menyingkap dengan lebih lanjut mengenai gelaran tersebut, Boy berkata meskipun pernah gagal namun itu bukanlah penghalang.

"Saya memang sudah sambung belajar sejak 2013. Walaupun pernah gagal tetapi saya mesti usaha dalam apa cara sekalipun untuk habiskan pengajian ini.

"Program yang saya ikuti ini pengajian jarak jauh (PJJ), bagi saya ilmu itu penting untuk masa depan.

"Pada awal mengikuti kursus ini saya ambil bidang bisnes namun saya tak dapat nak bawa, jadi saya buat keputusan untuk tukar ke bidang sosial dan kemanusiaan. Bidang yang saya ambil ini buat research untuk thesis dan assignment.

"Alhamdulillah syukur dengan ada bantuan kefahaman pensyarah saya dapat habiskan pengajian saya. Dalam proses nak habis tu ada jugalah saya mendapatkan bantuan dengan memberikan upah untuk check susunan ayat Bahasa Inggeris," ujarnya yang sudah menyelesaikan majlis konvokesyen baru-baru ini.

Jadi gelaran yang Boy Iman gunakan sekarang adalah Datuk Dr Boy Iman.