Perempuan kalau dapat hadiah bunga daripada lelaki pun dah cukup gembira apatah lagi jika dapat hadiah sebuah kereta, mahu menangis dibuatnya. 

Terbaru melalui laman instagram penyanyi Black atau nama sebenarnya Hanifah bin Md Hanafiah telah merakamkan saat-saat manis ketika menghadiahkan sebuah kereta Mini Cooper kepada isterinya yang tercinta.

 Sudah tentulah isterinya terkejut dengan pemberian itu. Black ada berkongsi video di akaun Instagram miliknya. 

 Black menulis di kapsyen videonya itu bahawa dia tidak mampu untuk menghadiahkan bulan dan bintang buat isterinya tetapi hanya kereta ini yang dia mampu berikan.

 “daddy xmampu bagi bintang dan bulan.. hanya boleh bagi ni ja...#nyawablack @cirakhairy #blackpirlo #surprise #minicoopers #anugerahterindah”

 Di dalam video tersebut, Black ada berkata bahawa ini adalah hadiah buat isterinya selama dia berkahwin.

 Sangat romantik bila mendengarkan seorang suami berkata sedemikian terhadap isteri dan menunjukkan betapa dia menghargai isterinya yang selama ini sentiasa berada di sisinya walau di dalam keadaan susah dan senang.

 Semoga ikatan perkahwinan Black dan isterinya sentiasa  dirahmati dan kekal bahagia sehingga ke jannah.

 Untuk info Black dan isterinya telah bernikah pada 13 September 2013 bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur. 

Selepas itu mereka dikurniakan cahaya mata sulung pada 13 Januari 2015 dan diberi nama Khaleef Dayyan. Khaleef telah dilahirkan dengan berat 2.09kg dan lebih cepat sebulan daripada jangkaan.

Isteri Black, Naquia Yasirah atau lebih mesra dengan panggilan Cira juga pernah keguguran sekali.

Sumber: Instagram Black Hanifah