Tidak lama lagi dalam masa terdekat ini bekas peserta bintang Akademi Fantasia iaitu Nubhan, bakal bergelar bapa.

Menerusi laporan media tempatan, Nubhan memberitahu baru-baru ini dia ada mengikuti kursus penjagaan bayi. Wah nak jadi bapa mithali ni. Untung isteri sewaktu menjalani proses berpantang nanti, sebab boleh jaga anak.

Menurut Nubhan, tujuannya mengikuti kursus tersebut kerana tidak mahu berasa janggal ketika menjaga bayi nanti. Penyanyi ini telah menjalani kursus di salah sebuah hospital swasta di Seremban.

“Dalam kursus itu saya ada belajar cara-cara jaga bayi dan bagaimana nak memberikan sokongan moral terhadap isteri yang baru saja lepas bersalin.

“Selepas ikuti kursus itu saya jadi lebih teruja dan tak sabar rasanya,” katanya.

 

Ok daddy dah ready 😅nk jaga 👶🏻

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan) on

Sementara itu, daripada persiapan dan kelengkapan bakal menerima kehadiran orang baru pun sudah disediakan sejak beberapa bulan yang lalu. Tidak kurang juga hadiah-hadiah yang diterima daripada rakan pasangan ini. Tambah pula isterinya yang baru saja menyambut hari jadi sekali gus mengadakan baby shower dan majlis hari graduasi pada bulan lalu.

Terdahulu, isteri Nubhan, Afifah Hidayah Taufek, pernah mengalami keguguran ketika itu sedang mengikuti pengajian di Mesir kira-kira setahun yang lalu.

Berkat sabar dan doa serta tawakal, akhirnya Allah memakbulkan dan memperkenankan doa pasangan ini.

Semoga Nubhan dan isteri dapat menjadi ibu bapa yang dapat mendidik anak menjadi anak yang berguna,.

Untuk rekod, Nubhan dan isteri selamat diijabkabulkan pada 29 Ogos 2015. Majlis pernikahan mereka telah dilangsungkan bertempat di Seremban, Negeri Sembilan.

MH Online doakan semoga isteri selamat bersalin dan selamat menjalani proses berpantang pula.

 

Ingatkan balut2 je baby ni 😅

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan) on

 

#sumber mStar