Sejak trailer filem Adiwiraku disiarkan di Youtube pada 7 Januari lalu, filem ini telah mendapat reaksi yang sangat positif di media sosial.  Ramai yang tertunggu-tunggu tayangan filem ini yang dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 9 Mac ini.

Menariknya filem ini adalah ia berkenaan kisah benar iaitu tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik para pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah.  

Adiwiraku menghidupkan kisah bagaimana pelajar SMK Pinang Tunggal Sg Petani berusaha untuk menyertai pertandingan choral speaking walaupun telah diketahui peluang mereka untuk menang terlalu tipis.

Bagi mereka yang berasal dari sekolah di luar bandar pasti akan merasai filem ini sangat dekat di hati mereka kerana ini adalah pengalaman sebenar pelajar-pelajar di luar bandar.  Berbeza  dengan pengalaman pelajar-pelajar di bandar yang mendapat banyak kemudahan.  Inipati cerita inilah yang dikatakan antara tarikan utama filem Adiwiraku.  

Filem ini diterbitkan oleh Sol Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Eric Chong dengan lakonlayar oleh Jason Chong.