Pelakon Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim dikatakan telah memfailkan penceraian terhadap isteri pertamanya Aida Yusof.

Menurut laporan akhbar, pendaftaran untuk memfailkan kes penceraian itu dilakukan pada 3 Mac lalu dan kes itu akan disebut dalam masa terdekat ini.

Pada tahun 2012 Adi pernah memfailkan cerai terhadap Aida namun fail penceraian itu ditarik balik.

Sebelum ini, dunia hiburan tanah air telah digemparkan dengan tersebarnya gambar perkahwinan Adi bersama Norshahida Dzolkifly, 33 pada 20 Jun 2016.

Sumber: Utusan Malaysia