Segak dan tampan, siapa sangka Aaron mengakhiri zaman bujangnya ketika diusianya 51 tahun! Masih merecik ok.

Majlis persandingan antara Aaron dan Fang telah berlangsung dengan penuh meriah, namun majlis tersebut telah diadakan secara tertutup di Swanky Peninsula Hong Kong, tanpa ada sebarang liputan rasmi.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan juga rakan artis terkenal sahaja.

Aaron memilih sut persalinan rekaan Tom Ford, manakala Fang pula mengenakan busana putih rekaan Georges Hobeika lengkap dengan barang kemas daripada Louis Vuittion High Jewellery.

Tambah laporan media tempatan itu lagi, Aaron mendedahkan bahawa dia dan isterinya berkenalan menerusi aplikasi Weibo sejak tiga tahun yang lalu.

Terdahulu, peminat dan media tempatan pernah dikejutkan dengan berita bahawa bintang tersebut telah putus cinta dengan kekasih hatinya setelah  menyulam cinta selama tujuh tahun. Kekasihnya sebelum ini juga merupakan seorang model bernama Lynn Hung.

Walau bagaimanapun, sebelum hubungan cinta mereka putus ditengah jalan, ada desas-desus mengatakan Aaron bermain cinta dengan aktres Christine Kuo. Manakala Lynn pula memaksa Aaron untuk berkahwin selain didakwa curang bersama, Ji Xiao Bo.

Pun begitu, kedua-kedua hal itu Aaron menafikannya dan menjelaskan mereka sudah tidak lagi sehaluan.

Nak buat macam mana kalau sudah tiada jodoh. Nak dipaksa pun tak juga boleh jadi. Akhirnya jejaka segak lagi kacak ini akhirnya milik Fang. Bertuah Fang.

Untik info, Aaron yang juga merupakan seorang penari, penyanyi dan pelakon pernah memenangi Anugerah Filem dan Anugerah Golden Horse dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem After This Our Exile (2006) dan FILEM Divergence (2005).