Sama cantik sama padan, itulah frasa yang sesuai boleh digambarkan kepada hero drama Papa Ricky, Fadlan Hazim dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Julie Ann Kang.

MH Online juga difahamkan bahawa wanita tersebut juga merupakan seorang model terkenal. Wow, padanlah tu, kedua-duanya selebriti walaupun berlainan bidang seni.

Baca: Fasha Sandha Berharap Bertemu Jodoh Sebelum Anak-Anak Makin Membesar

Dalam pada itu juga, pasangan Fadlan dan Julie dikatakan sudah menyulam cinta sejak dua tahun yang lalu.

Menerusi Instagram Fadlan dan Julie pula, masing-masing terbuka berkongsi gambar kemesraan mereka bersama. Malahan hubungan mereka itu diterima baik daripada peminat termasuklah dikalangan rakan aktor tampan tersebut.

P/S: Fadlan bila nak naik pelamin tu? Admin pun dah lama tak merasa nasi minyak ni. Sama-sama kita doakan agar jodoh mereka kekal hingga ke jenjang pelamin.

#sumber Instagram Fadlan & Julie Ann