Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan minggu lalu.   Jadi jom kita imbas selebriti di Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646534.1489999630!/image/image.JPG

NEELOFA

Keputusan SPM: 10A

Tahun: 2006

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Nor, merupakan seorang pelajar cemerlang sejak dari sekolah rendah lagi. Beliau mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR dan menyambung pendidikan ke peringkat menengah di sekolah MRSM Langkawi dan keputusan 10A dalam SPM. Selepas itu dia melanjutkan pengajian ke peringkat universiti di Universiti Sunway dalam jurusan, Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646535.1489999652!/image/image.JPG

MIRA FILZAH

Keputusan: 8A

Tahun: 2010

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupakan antara bekas pelajar cemerlang di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu 8A.  Dia kemudian melanjutkan pengajiannya di dalam jurusan perniagaan di Universiti Teknologi MARA.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646536.1489999671!/image/image.JPG

EZLISA LOY

Keputusan: 7A, 2B

Tahun: 2013

Ezlisa Loy, 21, adik kepada pelakon wanita popular Elfira Loy ini merupakan bekas pelajar di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Beliau adalah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya dan keputusan SPM yang diperolehinya juga sangat memberangsangkan. Kini Ezlisa sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat universiti.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646538.1489999692!/image/image.JPG

SOO WINCI

Keputusan: 7A, 2B

Tahun: 2002

Bekas pelajar sekolah SMK Damansara Utama, Soo Winci merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Beliau juga telah menerima pengiktirafan sebagai ratu cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646539.1489999715!/image/image.JPG

JANNA NICK

Keputusan: 6A, 2B

Tahun: 2013

Nurul Jannah binti Muner atau lebih dikenali dengan nama Janna Nick merupakan seorang pelakon wanita yang kian meningkat naik dalam industri seni. Bukan sahaja cemerlang di dalam bidang lakonan namun Janna juga merupakan pelajar cemerlang ketika di bangku persekolahan. Janna adalah bekas pelajar MRSM Pendang dan memperoleh keputusan SPM, 6A 2B.