Selepas muncul dengan album terkininya beberapa bulan lalu, Taylor Swift atau lebih sinonim dengan panggilan Tay Tay di kalangan para peminat fanatiknya baru sahaja melancarkan muzik video terbaru, End Game.

Lagu yang turut terkandung di dalam album barunya yang berjudul Reputation itu menjadi antara salah satu single paling diminati ramai selepas Look What You Made Me Do dan Are You Ready For It.

Lebih menarik, muzik video yang diarahkan Joseph Kahn itu turut menapilkan Ed Sheeran dan rapper, Future sebagai cameo. Pencinta muzik dunia sedia tahu bahawa Tay Tay dan Ed Sheeran merupakan kawan baik. Malah, hubungan akrab mereka sebelum ini turut disalah erti ramai apabila ada yang cakap-cakap mereka merupakan pasangan kekasih.

IKLAN

Trending Satu Dunia, Ed Sheeran Buat Cameo Dalam Muzik Video Baru Taylor Swift!

Pada masa sama, Joseph Khan iaitu seorang videomaker kreatif berketurunan Korea juga telah mengarahkan muzik video penyanyi ini untuk kesekian kalinya selepas Blank Space, Bad Blood, Out of the Wood, Wildest Dream dan banyak lagi. Selain Taylor, Mariah Carey juga sering menggunakan khidmatnya sebagai pengarah muzik video.

IKLAN

Sehingga kini, muzik video berkenaan juga telah pun ditonton lebih 30 juta kali di YouTube selepas beberapa hari dimuat naik sekali gus menjadi antara lima muzik video paling trending seluruh dunia.

Trending Satu Dunia, Ed Sheeran Buat Cameo Dalam Muzik Video Baru Taylor Swift!

IKLAN

Nah, ini muzik video terbaru dari Taylor. Love lagu ni!

https://www.youtube.com/watch?v=dfnCAmr569k

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI