Macam-macam trend yang menjadi ikutan anak muda sekarang ini. Tempoh hari trend buat lesung pipit palsu dan yang paling terbaru trend tindik pipi pula.
Tren tindik pipi ini sedang menular di negara Thailand dan menjadi kegilaan anak muda di sana.
Video tindik pipi ini telah dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook yang bernama Cindy Liang.
Sejak video ini dimuatnaik, tontonannya sudah mencecah lebih daripada 9 juta tontonan.
Dalam video yang berdurasi 20 minit ini telah merakamkan bagai mana proses menindik pipi ini dilakukan.
Lebih daripada 2,000 komen telah ditinggalkan di ruangan komen dan ada pengikut yang mengatakan mereka juga turut ingin mencuba menindik pipi ini selepas menonton video tersebut.
Ada juga yang memberikan komen lucu tentang menindik pipi ini.
Jom kita tonton video trend tindik pipi ini.
Pelbagai trend yang pelik-pelik zaman sekarang ini, tapi terpulang kepada masing-masing sama ada mahu turut serta mengikuti trend-trend ini ataupun tidak.
Sumber: Facebook Cindy Liang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shuib Minta Tolong Carikan ‘Kembar Seiras’ Ini; “Ada Yang Kenal Ke Abang Ni.”
Dalam dunia ini setiap daripada kita dikatakan mempunyai tujuh orang memiliki wajah yang mirip dan hampir sama.
Mungkin pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu sudah menemui salah seorang kembarnya yang dipercayai seorang pegawai tentera, yang mana mempunyai wajah saling tak tumpah seperti bapa kepada empat cahaya mata itu.
Malah, Shuib atau nama sebenar, Shahmira Mohamad, 38, turut meminta mana-mana followers di Instagram miliknya yang mengenali jejaka tersebut agar memautkan (tag) posting Shuib kepada si empunya badan.
“Yeeeee macam sama, tapi bukan, salah salahhhhh.
“Ada yang kenal ke abang ni, tolong tag dia please… teringin nak jumpa,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.
Shuib turut meletakkan tanda pagar ‘#macam sama tapi bukan’ dan #tabik hormat.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis terhibur dengan perkongsian Shuib malah sempat mengusik penyampai radio Suria FM itu.
“Tuan! Awak diam-diam join Malbatt ek,” komen pelakon Hairul Azreen.
“Akhirnya kantoi juga Shuib… Aku dah kata jangan ambil gambar waktu kau dalam uniform. Kan orang dah dapat cam,” coret penyampai radio Suria FM, Ajak.
“Samaaaaa samaaa,” titip Fara Fauzana.
“Boleh buat cerita kembar atau adik-beradik ke,” komen pelakon Yasmin Hani.
Sementara itu, netizen yang dikenali sebagai Faizshaffee pula berkata, lelaki yang dicari Shuib itu merupakan sepupunya yang dikenali sebagai Khairul Anuar yang merupakan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
“Ni sepupu saya, done claim,” tulisnya.
“Ni Tuan Khairul Anuar TLDM, pegawai cawangan latih Malbatt 9,” komen netizen @mr.herylee.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shuib
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nervous Pulak Rasa,” – Macam Bagi Hint, Netizen Speku Rafidah Ibrahim Bakal Nikah Minggu Depan?
Satu perkongsian foto daripada penyanyi dan pelakon Rafidah Ibrahim menjadi perhatian peminat ramai.
Berlatar belakangkan perkataan ‘Love’, foto yang dimuatnaik Rafidah seolah-olah beri bayangkan kepada sesuatu yang akan berlaku minggu depan terhadap bintang berusia 34 tahun itu.
“N E R V O U S pulak rasa. Minggu depan, InsyaAllah.
“Assalamualaikum & selamat petang semua. Selamat berbuka puasa (tunggu azan Maghrib dulu ya) dan selamat menunaikan ibadah.
“Bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak, semoga kita semua diberkati & dirahmati Allah s.w.t.,” tulisnya di Instagram.
Mesti belum berkongsikan secara lanjut, namun ada yang mengusik Rafidah, membayangkan dia kini sedang menanti bergelar raja sehari.
Sekadar informasi, Rafidah sebelum ini pernah menjalinkan hubungan percintaan dengan pelawak Mamat Sepahtu dan pernah dikatakan rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majalah Time Iktiraf Michelle Yeoh Ikon Tahun 2022, Antara Anak Malaysia Paling Bersinar Di Hollywood
Bintang kelahiran Malaysia yang mencipta nama di persada Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, telah dinobat sebagai Ikon Tahun 2022 oleh majalah antarabangsa popular, Time.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Time mengiktiraf Michelle di atas sumbangan besarnya terhadap industri perfileman sepanjang dia bergiat aktif sejak tahun 1983.
Time memberikan gelaran itu kepada Michelle atau nama sebenar, Michelle Yeoh Choo Kheng di atas pencapaiannya sebagai bintang seni paling berpengaruh dari Asia sejak berdekad lamanya.
Kapsyen pada hantaran itu memperakui Yeoh sebagai kuasa besar dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong melalui penampilan dalam rangkaian filem yang turut memperlihatkan keberanian aktres itu melakukan aksi lagak ngeri.
Perkongsian itu turut menyebut penampilan sulung Michelle dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi filem James Bond, Tomorrow Never Dies pada 1997 diikuti naskhah besar lain seperti Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
Namun, menurut Time, filem ‘box office’, Everything Everywhere All at Once ditayangkan Mac lalu yang menyaksikan Michelle melakonkan watak isteri dan ibu yang mahu menyelamatkan dunia, meletakkan bintang itu dalam senarai pelakon nombor satu Hollywood.
Penampilan Michelle dalam filem ‘indie’ arahan Daniel Kwan dan Daniel Scheinert itu dianggap detik yang sudah lama dinantikan di mana nama bintang itu menjadi sebutan ramai, malah ramai percaya Yeoh bakal menggenggam trofi Oscar melalui watak dibawanya dalam filem terbabit.
Ogos lalu, pelakon kelahiran Ipoh, Perak yang telah membintangi lebih 70 filem sejak empat dekad lalu, menjadi artis Asia pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Karier seni Michelle bermula selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Michelle kemudian mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 di London, United Kingdom (UK).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI