Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nampaknya ada beberapa perkara yang tidak berjalan lancar bagi Transformers : The Last Knight. Sebagai filem sekuel kelima daripada sambungan Transformers , filem ini mendapat kutipan yang cukup rendah pada minggu pembukaannya.

Setelah lima filem, nampaknya para peminat mungkin sudah mulai bosan dengan filem Transformers , apatah lagi ditambah dengan banyaknya filem-filem hebat yang juga ditayangkan pada waktu ini.

Filem ini tidak mampu menandingi Wonder Woman dan Guardians Of The Galaxy Vol 2. Difahamkan laporan jumlah pengiraan pembukaan untuk Transformers : The Last Knight hanya mencatatkan sekitar 15 juta dolar sahaja.

Filem pertamanya meraih 27,9 juta dolar di hari pertama ia ditayangkan.  Malah filem Transformers : Age Of Extinctionsebagai contoh berhasil meraih 41,9 juta dolar pada hari pembukaan.

Penulis melihat lakon layarnya bercelaru, tidak kemas dan begitu longgar serta hanya sekadar mengitar semula apa yang pernah dipersembahkan dalam filem-filem Transformers sebelum ini.

Bahkan, kelemahan Transformers 5 ketara terletak kepada jalan ceritanya yang tidak masuk akal.

Melihat watak Cade Yeager (lakonan Mark Wahlberg) itu sendiri seperti mengulangi watak Sam Witwicky yang pernah dibawakan oleh Shia LaBeouf dalam tiga filem terawal Transformers. Cumanya, Cade adalah versi dewasa kepada Sam.

Begitu juga dengan kehadiran watak protagonis wanita Viviane Wembly (Laura Haddock).

Viviane melakon watak sebagai seorang profesor tetapi imejnya lebih kepada perempuan murahan menerusi bahasa tubuh dan pemakaiannnya.

Namun, dari sudut aksi dan efek rasanya tidak perlu dipertikaikan lagi keupayaan Michael Bay. Dengan bermodalkan USD 217 juta bagaikan tiada apa yang mustahil untuk dilakukan oleh Michael Bay sebagai pengarah.

The Last Knight kelihatan hebat dari sudut teknologi keupayaan kamera IMAX dan teknologi 3D memberi nilai kepada keseluruhan filem.

Pun begitu bagi anda yang masih meminati filem ini, masih boleh menontonnya di pawagam berdekatan. 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "