Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga merupakan salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang bersedih dengan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi semalam.

Menurut Sinar Harian, Tun Mahathir meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan insiden kebakaran ini.

Kejadian ini mengingatkan dia dengan kes yang sama berlaku 28 tahun yang lalu di mana sebuah Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali dengan nama Pondok Pak Ya di Kedah telah meragut nyawa seramai 27 orang pelajar apabila asrama yang menempatkan pelajar terbabit terbakar.

“Saya sedih perkara seperti ini berlaku sekali lagi,” katanya.

Katanya lagi, pembinaan bangunan sepatutnya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan jadi apabila berlakunya sebarang kecemasan, mangsa boleh menyelamatkan diri dengan baik.

Tragedi 28 Tahun Lalu  Berulang Lagi, Tun Mahathir Turut Bersedih

IKLAN

“Dalam kejadian ini, saya difahamkan ada dua sahaja pintu,” katanya lagi.

Tun Mahathir juga menyatakan, keselamatan harus menjadi keutamaan. Dia juga berharap agar selepas ini semua sekolah mengkaji semula tahap keselamatan sekiranya ada kebakaran berlaku.

Dia juga turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang.

IKLAN

Semalam bekas perdana menteri ini sempat meluangkan masa selama 45 minit bersama ahli keluarga mangsa yang terlibat di Institut Perubatan Forensik Negara, HKL.

Baca juga: Rizalman Kongsi Kenangan Bersama Mangsa Tragedi Pusat Tahfiz

IKLAN

Kami di MH Online turut bersimpati dengan mangsa tragedi kebakaran ini. Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Buat semua ahli keluarga mangsa, diharapkan agar terus kuat dan reda dengan pemergian mereka ini. Semuanya telah tertulis dan ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang.

Kita doakan mereka agar sentiasa tenang di sana dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI