Filem lakonan aktor kacak Zul Ariffin dan Farid Kamil terus cemerlang apabila mencatat kutipan melebihi RM2 juta hanya dalam empat hari ditayangkan.

Sejak 12 Oktober yang lalu filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mendapat respons positif menerusi perkongsian di laman sosial.

Zul Ariffin Ucap Terima Kasih

Filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu di Malaysia, Ramlee Awang Murshid itu tetap menjadi pilihan meski sepanjang minggu lalu terdapat beberapa filem antarabangsa yang tidak kurang hebatnya seperti The Foreigner, Blade Runner 2049 dan Kingsman: The Golden Circle.

Malah pelakon utama filem itu turut meluahkan rasa terharunya terhadap sokongan rakyat Malaysia terhadap filem tempatan menerusi video di laman Instagramnya.

IKLAN

“Assalamualaikum, saya baru diberitahu filem Tombiruo sudah mendapat kutipan RM2 juta dalam masa empat hari ditayangkan.

 

“Terima kasih atas sokongan korang semua yang pergi tonton filem ini dan juga saya dapat banyak komen positif daripada penonton.

 

“Teruskan menonton filem tempatan, jom kita tengok lagi,” katanya.

Filem ini juga mempersembahkan aksi pertarungan yang mengasyikkan antara Farid dan Zul dengan sinematografi yang sangat memukau memperlihatkan keindahan negeri Sabah.

Zul Ariffin Ucap Terima Kasih

IKLAN

Apa yang lebih menarik, kebanyakan babak ditonjolkan secara realistik menggunakan teknik khas imej janaan komputer (CGI).

Percaya atau tidak? Jom MH Online kongsikan beberapa gambar di sebalik tabir :

IKLAN

Zul Ariffin Ucap Terima Kasih

Zul Ariffin Ucap Terima Kasih

Zul Ariffin Ucap Terima Kasih

Zul Ariffin Ucap Terima Kasih

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI