Select Page
  • 3K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    3K
    Shares

Jarang kita mendengar nama aktres yang mula meningkat naik namanya menerusi drama Nur Kasih suatu ketika dahulu, Tiz Zaqyah dikaitkan dengan gosip-gosip panas.

Terbaru menurut sebuah portal, katanya Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak sekarang ini sedang didekati dengan lelaki yang memegang status duda.

Tiz menjawab persoalan yang sedang menjadi tanda tanya daripada semua pihak sama ada benar atau tidak gosip yang sedang menjadi bualan ini.

“Berkawan dengan duda? Siapa duda itu? Saya sekarang tidak tahu apa yang orang sedang bercakap tentang saya,” soal Tiz semula kepada soalan yang diajukan padanya.

Menurut Tiz, dia sendiri tidak mengetahui apa-apa tentang gosip ini dan dia menjelaskan memang ramai teman-temannya yang berstatus duda dan janda namun siapa duda yang dimaksudkan itu juga turut menjadi tanda tanya kepada Tiz.

“Kawan-kawan berstatus duda dan janda memang ramai tapi yang mana satu pula yang dimaksudkan itu,” soal Tiz lagi.

Pelakon wanita ini memberitahu bahawa, sejak putus cinta hampir setahun yang lalu, hatinya masih belum terbuka untuk menjalin sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

Bagi dirinya, kehidupannya kini lebih mudah tanpa perlu menghadapi sebarang masalah dalam perhubungan.

“Saya gembira dengan kehidupan sekarang kerana tidak pening kepala dan asyik bergaduh. Buat masa ini kita buat sahaja apa kita suka,” jelasnya.

Tiz berkata lagi, dia percaya dengan jodoh dan satu hari nanti jodoh itu pasti akan tiba juga dan Tiz juga berharap biarlah jodohnya itu yang belum pernah berkahwin.

“Saya percaya kalau ada jodoh itu, ia akan sampai juga, tapi kalau boleh biarlah yang belum pernah berkahwin,” ujarnya.

Ada benarnya apa kata Tiz itu, kita harus percaya kepada jodoh kerana itu semua adalah urusan ALLAH SWT. Kalau sudah tiba masanya pasti jodoh itu akan hadir.

Sebaik-baik perancangan manusia tentang jodoh, jauh lebih baik dan bagus perancangan yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Sumber: Mstar Online

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "