Insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik tanpa disengajakan di buku Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 mendapatkan banyak kritikan daripada masyarakat, terutamanya daripada warganegara Indonesia sendiri.

Dan secara tiba-tiba nama Datuk Siti Nurhaliza turut terbabit.  Bukan apa, kita sedia maklum bahawa Siti merupakan penyanyi yang cukup popular dan disayangi di sana, jadi tak hairanlah apabila namanya turut menjadi sebutan dalam insiden yang tidak disengajakan ini. 

Kisahnya di Twitter, terdapat seorang yang menulis ayat yang cukup sweet.  Katanya, dia tidak mahu kehilangan Siti Nurhaliza hanya kerana isu bendera terbalik.

‘Tidak mahu kehilangan Siti Nurhaliza hanya kerana isu bendera terbalik’

“Bendera Indonesia dipasang terbalik? Anggap saja ini ujian untuk kesabaran kita. Gak usah marah. Aku tak mau kehilangan Siti Nurhaliza…”

Menariknya, Siti juga telah repost status Aris Kurniawan ini dengan kapsyen ‘Persaudaraan ini amatlah bererti.’

‘Tidak mahu kehilangan Siti Nurhaliza hanya kerana isu bendera terbalik’

IKLAN

Perkongsian itu telah menerima hampir 49,000 likes daripada pengikut setia laman sosial penyanyi nombor satu Malaysia ini.

Ruangan komen di instagram Siti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 4 juta pengikutnya di laman sosial termasuk warganegara Indonesia juga. 

‘Tidak mahu kehilangan Siti Nurhaliza hanya kerana isu bendera terbalik’

IKLAN

Rata-rata pengikutnya melahirkan rasa cinta terhadap negara masing-masing dan berpendapat tidak seharusnya memperbesarkan isu ini dan saling memaafkan.

Kami di Malaysia juga tidak mahu kehilangan Rossa…

‘Tidak mahu kehilangan Siti Nurhaliza hanya kerana isu bendera terbalik’

IKLAN

#kitaserumpun #risingtogether #loveandrespect

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI