Baru-baru ini, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira ada mengimbau kembali kenangan indah sewaktu majlis akad nikah bersama suaminya,Ijoy.

Bagaimanapun, terdapat individu yang kurang senang dengan perkongsian tersebut memandangkan ia dibuat setelah majlis resepsi Fattah Amin dan Fazura berlangsung.

Berikutan itu, individu tersebut ‘PM tepi’ pelakon tersebut serta memerli tindakannya itu yang dikatakan cemburu kerana tidak dapat jemputan ke majlis ‘Fattzura’ itu hingga membuat ‘throwback’ gambar kahwinnya dengan suami.

IKLAN

MH lihat, Shahira cuba berdiplomasi dengan individu tersebut namun gagal menyebabkan dia memuat naik perbualan tersebut di laman Instagram miliknya bagi meluahkan kekecewaannya.

“Oooo macam ini ye peminat Fazura dan Fattah, Tak pasal-pasal aku kena maki sebab Throwback gambar kahwin.

“Sayangnya anak-anak sekarang, memang sure korang cakap jangan layan, Tapi nak bagi tau
Allah SWT boleh tarik apa yg kita ada, bila-bila…

“Jangan benci kami sangat, ada cara lain bila menaip. Tetiba pm tepi…waa dapat perhatian adik ni. Sabar ye dik,” tulisnya.

Tambah Shahira lagi, dia kesal dengan sikap individu tersebut yang secara tiba-tiba menghina perkahwinannya dengan suami sedangkan dia tidak mengenali pun orang itu.

IKLAN

“Dia kata tak hina saya, tu dia tulis tak hina…tapi menganjing rasanya. Tiba-tiba, wedding lapuk tu tak hina ye?

“Ooo…org sekarang fanatik betul ekkk? Sampai hina org lain takde kena-mengena. Aku tak buat apa pun dengan dia,” luahnya kesal.

Oooo macamni ye peminat fazura dan fattah Saya bukan mintak simpati Tapi nak share..peminat ni Tak pasal pasal aku kena maki sbb throwback gambar kawin Sayangnya anak anak sekarang Memang sure korang ckp jgn layan Tapi nak bagi tau Allah boleh tarik apa yg kita ada Bila bila… Jangan benci kami sangat Ada cara lain bila menaip Tetiba pm tepi…waa dapat perhatian adik ni Sabar yek .dik Cer baca selak sebelah Dia kata tak hina saya… Tu dia tulis tak hina ..tapi menganjing rasanya Tetiba Wedding lapuk tu tak hina ye Oooooo org sekarang Fanatik betul ekkk… Sampai hina org lain takde kena mengena Aku tak buat apa pun Dgn dia @mirhana_55 Sapa peminat fazura fattah mungkin taksemua mcam ni tapi fattah dan fazura kalau ada party dgn fan tolong Nasihat skit…yg beriya…ni

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Biasalah Shahira, kita memang tak boleh puaskan hati semua pihak. Mungkin sebab itu MH lihat ramai selebriti yang mengambil sikap tidak ambil peduli semua komen-komen netizen ini.

IKLAN

Apa-apapun, MH harap Shahira tidak begitu memikirkan perkara ini dan hanya mengambil komen positif peminat sahaja.

sumber: IG Sharifah Shahira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI