Di laman media sosial kelmarin telah tular gambar x-ray seorang bayi berusia 10 bulan, Muhammad Naufal Hakim tertelan pin tudung.

Menurut sebuah sumber, kejadian tidak diingini ini telah berlaku pada Jumaat lalu dan pihak hospital berkata bahawa Naufal telah dibedah kelmarin dan pin yang tersangkut pada paru-parunya juga telah selamat dikeluarkan.

Kini Naufal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan difahamkan keadaannya juga stabil dan masih di bawah jagaan doktor.

Tertelan Pin Tudung, Bayi 10 Bulan Dibedah

IKLAN

Kejadian ini difahamkan terjadi apabila Naufal yang pada waktu itu sedang didukung oleh ibunya telah menarik pin tersebut pada tudung ibuya itu dan memasukkan objek yang berukuran kira-kira tiga sentimeter itu ke dalam mulutnya.

Sumber juga mengatakan, berdasarkan maklumat dari laman sosial, kejadian ini telah menyebabkan Naufal mengalami luka yang agak dalam dan serius.

IKLAN

Kadang-kadang perkara sebegini yang tidak kita jangka akan terjadi dan ianya sangat membahayakan nyawa.

IKLAN

Kepada ibu dan bapa atau penjaga diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga anak kecil yang masih tidak faham dengan dunia sekelilingnya. Berhati-hatilah dalam meletakkan barangan yang berbahaya dan bersaiz kecil merata-rata sehingga boleh dicapai oleh anak anda.

Semoga kejadian yang berlaku ini diambil iktibar oleh semua agar perkara seperti ini tidak lagi berulang kerana ianya benar-benar bahaya dan boleh meragut nyawa.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI