Kanak-kanak adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi melalui sebuah filem yang pernah ditonton.

Itulah yang terjadi pada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang berjaya menyelamatkan nyawa adiknya daripada lemas di kolam renang milik nenek mereka.

Terpengaruh Dengan The Rock, Budak 10 Tahun Selamatkan Adik Lemas

Menurut Jacob O’Connor, sewaktu dia sedang menonton televisyen sambil beristirehat di atas sofa, pintu rumah telah dibuka secara tiba-tiba.

Pelik dan ingin tahu, Jacob mengintai dan cuba mencari siapa yang membuka pintu tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila melihat adiknya, Dylan yang baru berusia dua tahun yang membuka pintu.

“Saya sedang duduk menonton televisyen, beberapa minit selepas itu saya tersedar pintu terbuka. Rupanya adik saya Dylan yang buka. Dia menuju ke dalam kolam renang dan kelihatan lemas.

 

“Saya cuba tarik dia keluar dan segera berikan bantuan penafasan,” terang Jacob menceritakan semula apa yang terjadi.

Setelah itu, Jacob segera berlari mendapatkan neneknya yang sedang sibuk menyiapkan tempat tidur dan memberitahu apa yang terjadi.

Menurut nenek kepada dua orang kanak-kanak ini, Jacob kelihatan sangat tenang apabila memberitahu adiknya sudah memasuki laman belakang rumah sehingga terjatuh ke dalam kolam.

IKLAN

Terpengaruh Dengan The Rock, Budak 10 Tahun Selamatkan Adik Lemas

Namun apabila melihat kondisi Dylan yang tidak memberikan sebarang respons dan melihat anak matanya sudah pandang ke atas, dia tahu bahawa itu adalah petanda yang tidak baik.

“Kami segera ke hospital berdekatan. Pada mulanya agak sedih kerana doktor tidak boleh memberi jaminan sama ada Dylan boleh pulih sepenuhnya atau tidak,” ujar nenek tersebut ketika ditemu ramah oleh pihak televisyen.

Sementara itu, ibu kepada dua beradik yang sedang sibuk di pejabat terkejut apabila mengetahui berita tentang anaknya itu dan sempat bertanya melalui panggilan adakah semuanya dalam keadaan terkawal?

Terpengaruh Dengan The Rock, Budak 10 Tahun Selamatkan Adik Lemas

Malangnya tidak! Anak kecilnya itu berada di unit kawalan rapi dan badannya dipenuhi dengan wayar.

IKLAN

Namun ibu dan nenek kepada mangsa harus berterima kasih pada Jacob kerana bertindak pantas dan cekap ketika cuba menyelamatkan adiknya.

Terpengaruh Dengan The Rock, Budak 10 Tahun Selamatkan Adik Lemas

Melalui sebuah wawancara di WXYZ Detroit, wartawan yang bertugas bertanya bagaimana Jacob boleh terfikir untuk lakukan semua ini?

Jawapannya mudah…

IKLAN

“Saya pernah menonton sebuah filem berjudul San Andreas, saya masih ingat satu babak di mana Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock cuba menyelamatkan seseorang daripada lemas. Waktu itu mereka ada buat adegan yang sama, jadi saya ikut” terangnya.

Terpengaruh Dengan The Rock, Budak 10 Tahun Selamatkan Adik Lemas

Cerita ini telah mendapat perhatian ramai terutamanya netizen yang bangga dengan tindakkan beraninya.

Malah The Rock yang tahu tentang isu ini, turut memuji dan menggelarkan kanak-kanak ini sebagai superhero di dunia realiti.


SUMBER : The Denver Channel (berita)

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI