Aduh macam-macamlah zaman sekarang, baru sahaja reda dengan kes putus hubungan dengan Zahirah Macwilson, kali ini Zul Ariffin perlu berdepan dengan kontroversi baru apabila instagramnya digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab!

‘Termuat Naik’ Gambar Alat Sulit Di Instagram Ini Penjelasan Zul Ariffin

Lebih memalukan individu terbabit telah memuat naik sekeping gambar kemaluan lelaki yang kononnya milik Zul untuk tontonan ramai.

Bagaimanapun kurang 3 minit, gambar tersebut telah dipadam. Namun, ada pihak yang sempat menangkap gambar dan telah menyebarkan kepada orang ramai.

IKLAN

‘Termuat Naik’ Gambar Alat Sulit Di Instagram Ini Penjelasan Zul Ariffin

Menerusi Harian Metro, Zul yang terkejut dengan apa yang terjadi memberitahu dia terkedu apabila dimaklumkan tentang perkara ini.

Bagi Zul tindakan ini sesuatu tindakan yang gila dilakukan oleh hacker.

IKLAN

“Selalunya ‘hackers’ akan mencuri akaun dan menukar kata laluan. Tetapi gambar anu pula dimuat naik di akaun Instagram saya.

 

“Jujur saya tidak tahu bagaimana untuk respons perkara ini kerana saya tidak tergamak memalukan diri dengan memuat naik gambar kemaluan.

 

“Saya terduduk apabila dihujani panggilan dan mesej daripada rakan-rakan yang terkejut saya berani memuat naik gambar sedemikian,” katanya kepada Harian Metro.

‘Termuat Naik’ Gambar Alat Sulit Di Instagram Ini Penjelasan Zul Ariffin

Setelah diberitahu tentang perkara ini, Zul dengan segera memadam gambar terbabit dan menukar kata laluannya.

IKLAN

Jelas Zul, mujur ada sahabatnya yang sedar tentang gambar ini jika tidak pasti ada lagi gambar yang akan dimuat naik.

Dalam pada itu, Zul turut memberitahu isu ini telah membuatkan dir rasa fobia dan lebih berhati-hati. Malah, ini bukanlah kali pertama akaun miliknya digodam tetapi sudah beberapa kali. Namun tidaklah sehingga memuat naik gambar-gambar seperti ini.

SUMBER: Harian Metro 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI