Susulan kisah skandal penyalah gunaan dadah dan kesihatan yang menimpa salah seorang ahli kumpulan Bigbang, kini ibu kepada penyanyi tersebut telah mengesahkan pada media Korea anaknya itu semakin pulih dan mula sedarkan diri.

“Keadaan anak saya bertambah baik. Kami saling berpandangan,” katanya.

Walaupun masih tidak bersedia untuk berkongsi maklumat yang penuh pada media selepas menziarahi anaknya, apabila ditanya oleh media adakah T.O.P masih mengenali ibunya? Jawabnya ringkas sahaja…

“Ya”.

(TERKINI) T.O.P (BigBang) Sedar Daripada ‘Koma’

Ibu T.O.P yang sebelum ini pernah mengeluarkan kemarahannya terhadap sesetengah media yang menyebarkan berita palsu tentang keadaan anaknya, terus berdoa agar anaknya itu kembali pulih seperti sedia kala.

Setelah tiga hari berada di Hospital Ewha Woman’s University Mokdong kerana terlebih pengambilan dadah, Doktor yakin kesihatan T.O.P akan bertambah baik selepas menjalani beberapa lawatan.

IKLAN

“Walaupun kami tidak dapat menjamin berapa lama masa yang diperlukan untuk memulihkan T.O.P, tetapi secara purata individu yang tiada masalah kesihatan sampingan mungkin akan mengambil masa seminggu atau dua minggu untuk pulih,” kongsi Professors Lee Deok Hee, Kim Yong Jae dan Choi Hee Yeon, salah seorang doktor yang bertugas.

Menurut salah seorang petugas, T.O.P telah sedarkan diri dan besar kemungkinan akan dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) esok.

Menerusi satu sidang media bersama doktor yang bertanggung jawab untuk memantau kesihatan T.O.P , idol Kpop berusia 30 tahun ini memerlukan rawatan psikologi dan rawatan yang lebih lanjut selepas sedarkan diri.

IKLAN

Apabila ditanya tentang dadah apa yang menyebabkan dia overdose, doktor berkata T.O.P telah mengambil dadah sejenis Benzodiazepin atau lebih dikenali sebagai “benzos”. Ia sebahagian daripada ubat “penenang kecil” yang sering digunakan untuk merawat gangguan panik, kebimbangan yang melampau, insomnia, menghilangkan kesan alkohol dan sawan.

(TERKINI) T.O.P (BigBang) Sedar Daripada ‘Koma’

(TERKINI) T.O.P (BigBang) Sedar Daripada ‘Koma’

IKLAN

(TERKINI) T.O.P (BigBang) Sedar Daripada ‘Koma’

Menurut ujian yang telah dibuat, T.O.P yang punyai tekanan darah setinggi 114/108 (Hypertension) dan kadar denggupan jantung yang tidak normal, 128 didapati mendapati mempunyai masalah oksigen rendah dalam darah.

Kini T.O.P telah dikhabarkan sedar dan mula berjalan-jalan sekitar bilik hospitalnya.

SUMBER : Koreaboo.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI