Bermula 11 November lalu, Silkygirl dan SG Men telah melancarkan sebuah siri web 'Sweetheart Fantasia' hasil lakonan duta bintang Silkygirl, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan di portal Tonton.  
 
Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. 
 
Menerusi 'SweetHeart Fantasia', Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baru yang pernah gagal dalam percintaan sebelum ini sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia.
 
Siri web ini turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dalam siri web ini. Sepuluh peminat bertuah telah dipilih dan ditampilkan sebagai pelakon dalam kesemua episod siri ini. Selepas tayangan episod akhir kelak, penonton berpeluang memilih ‘Aktor/Aktres Pembantu Terbaik” yang akan memenangi hadiah tunai serta barangan SILKYGIRL dan SG Men.
 
Malah bermula 11 November lalu, penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web.
 
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.sweetheartfantasia.com serta www.tonton.com.my.