Belum pun dilancarkan secara penuh, namun single sulung pengasas produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri yang turut menampilkan Sajat sebagai penampilan khas telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan pencinta seni.

Malah, tidak kurang keyboard worrior yang seakan pesimis terhadap lagu berkenaan, meski MH akui lagu ciptaan Yusry dan Edry (KRU) itu kedengaran agak catchy dengan muzik yang fast dan fun.

Merakamkan rasa terharu dan terima kasih buat produksi KRU Records, ikon jenama Lets Cantik, Nur Sajat ketika dihubungi MH memberitahu, pelancaran single tersebut masih tidak dapat dipastikan bila memandangkan semuanya bergantung kepada Datuk Aliff dan pihak KRU sendiri.

IKLAN

“Kalau nak diikutkan, mungkin ia akan dilancarkan Disember nanti. Apa pun, semua urusan perlu tunggu pihak KRU,” kongsinya yang sudah kalis dengan setiap kecaman yang diterima, khasnya daripada netizen menerusi media sosial.

 

“Kalau nak cerita mengenai kecaman, saya sudah lali dengan benda-benda berbentuk kecaman. Tambahan pula dengan perkembangan teknologi yang serba canggih sekarang. Bagi saya, kecaman seumpama ini datang dan pergi. Apa-apa pun, kita perlulah bersikap positif,” luah Sajat optimis.

Pada masa sama, ahli perniagaan ini menafikan mahu bersaing dengan rakan niaga, Datuk Seri Vida (DSV) apabila tampil di dalam lagu berkenaan.

“Ya Allah, tak terpasang niat pun untuk bersaing dengan DSV sebab saya pun merupakan peminatnya. Lagunya pun saya suka dan bagi saya, muzik itu tiada batasan. Sama ada dari segi umur, gender, status, pangkat dan sebagainya. Jadi kalau nak dikata bersaing itu, memanglah tidak. Malah kami saling menyokong, bukan sahaja DSV, tetapi juga Aliff Syukri dan rakan-rakan niaga lain. Yang penting, kita jangan mengata,” jelasnya lagi.

Sehingga kini, promo lagu berkenaan sudah pun ditonton lebih 300,000 kali tontonan di Instagram Sajat dengan lebih 1500 komen yang terpapar di ruang komen.

IKLAN

Apa pun, kami di MH sentiasa menyokong perkembangan seni semasa dan jika kalian mahu bersaing secara sihat dalam muzik, teruskan kerana ia pasti akan memeriahkan dunia seni kita juga. All the best buat Aliff dan Sajat!

 

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI