Select Page

Sedih dan pilu rasa hati apabila mengetahui berita pemergian adik Syahid yang merupakan anak kepada salah seorang anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan.

Syahid telah menghembuskan nafasnya pagi tadi di dalam bulan yang penuh dengan keredaan, kemuliaan dan barakah ini.

Berita ini diketahui apabila Bazli telah berkongsi foto di akaun instagram miliknya dengan kapsyen yang menyayat hati.

“Anak ayah kesayangan @syahid_bintangsyurga dh pergi meninggalkan kita sebentar td. Allah sygkan syahid.. Anakku…,” tulis kapsyennya.

Selain Bazli, pengacara dan selebriti tv, Fedtri Yahya juga turut berkongsi berita pemergian adik Syahid di akaun instagram miliknya.

Terdahulu, Syahid atau nama sebenarnya Muhammad Syahid, 3, telah menghidap penyakit kanser lymphoma.

Memetik laporan portal sebelum ini, Bazli berkata sebelum anaknya disahkan menghidap kanser, anaknya itu telah mengalami bengkak kecil di bahagian leher pada Disember tahun lalu.

“Ketika itu saya membawa Syahid ke lima klinik dan semua doktor di klinik itu mengesahkan ia adalah beguk dan mereka memberikannya ubat.

 

“Bagaimanapun, bengkak itu berlarutan dan saya membawanya pulang ke kampung di Alor Setar, Kedah dan menjalani rawatan selama lima hari di pusat perubatan di sana. Ketika itu doktor mengesahkan ada jangkitan kuman di bahagian yang bengkak itu,” katanya.

Kemudiannya, Bazli membawa pula anaknya kembali semula ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan di Damansara dan Hospital Sungai Buloh.

“Ketika di Hospital Sungai Buloh, muncul satu lagi bengkak di bahagian bawah ketiak anaknya dan kemudian dihantar ke HKL. Di HKL doktor mengesahkan anak saya menghidap kanser,” jelasnya.

Pemergian adik Syahid ini telah menimbulkan rasa sayu dan pilu kepada semua terutama insan yang paling dekat dengannya, ibu dan bapanya.

Tenanglah dikau di sana dan semoga syurga tempatmu adik Syahid. Salam takziah daripada kami MH Online buat Bazli sekeluarga atas pemergian anak tersayang.

@syahid_bintangsyurga baca quran dgn ayah. Alhamdulillah sepanjang d wad beberapa bulan syahid dh hampir hafal keseluruhan surah Al Mulk. Walaupn syahid sakit tp masih cuba utk ralit bc Quran dgn ayah.. Dah 3minggu berlalu proses kimo ke4 tp kesannya masih lagi tinggal dalam badan syahid kulit syahid kering mengelupas, ayah sapu minyak pelembap pd badan syahid. Punggug syahid hampir sembuh dr luka melepuh. Tiap kali nak kencing dan berak syahid mesti merintih sakit. Tak sggup ayah dgr tp ayah buat2 dek ttp hiburkan syahid. Ayah umi kena cepat salin pampes segera sbb pedih puggug luka dan kena cermat uruskan badan syahid. Waktu basuh syahid mesti jerit sbb pedih. Tiub hidung br masuk semula kelmarin setelah cubaan utk bg syahid makan secara natural xbjaya. Mudahan susu, madu, buahan blend yg masuk dalam perut syahid akan cepat cover sel2 syahid. 5hari ramadhan yg blalu walaupn ayah sibuk kerja tp time buka ayah akan gagah ke hospital buka bsama syahid dan solat tepi syahid. Moga berkat ramadhan ni syahid lekas sihat naaakkk.. #bintangsyurga #cancer #hkl #pediatrik #lymphoma #kanser #limfoma

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on

Sumber: Instagram Bazli, Fedtri Yahya

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Comments

error: