Baru-baru ini MH perasan nama Instafamous, Faiz Roslan menjadi perbualan hangat di kalangan netizen gara-garanya mempersoalkan salahkah dia berpakaian seperti perempuan.

Sering tampil berpakaian wanita serta bertudung dalam video parodinya, netizen kelihatan kurang senang dengan tindakan personaliti ini dan rata-rata mahukan Faiz jadi seperti dahulu semula.

“Tak salah, pakailah. Tiada siapa nak marah”- Hafiz Hamidun Tegur Faiz Roslan Suka Parodi Seperti Perempuan!

Menerusi Twitternya, Faiz membalas komen-komen netizen tersebut.

IKLAN

“First of all, for now I tak buat parodi sebab nak redakan suasana kena kecam ni and I don’t know why I upload gambar biasa pun kena kecam.

“Hanya selfie filter yang membuatkan macam pakai mekap 20x tebal. Also, I dilahirkan lembut. Yes kita boleh ubah tapi maaf tak minat.

“Bukan taknak. Salah ke lelaki lembut wujud? Pakai macam perempuan? Em, rasanya dah dua minggu tak mendiamkan diri dari parodi ni semua pun kena kecam. Nak I buat apa? Deactivate IG? Sorry hak sendiri,” luahnya.

Dalam pada itu, mungkin penat kerana sering dikecam, Faiz turut memuat naik fotonya memakai tudung beserta kapsyen.

“Nak kecam tak kisah, yang penting Kak Maznah tetap Gorgeous,” tulisnya.

“Tak salah, pakailah. Tiada siapa nak marah”- Hafiz Hamidun Tegur Faiz Roslan Suka Parodi Seperti Perempuan!

IKLAN

Mungkin atas rasa tanggungjawab, penyanyi, Hafiz Hamidun tampil untuk memberikan nasihat kepada Faiz mengenai isu tersebut.

IKLAN

“Tak salah, pakailah. Tiada siapa nak marah pun. Make-up? letaklah..tak siapa marah pun. Parodi? sama juga.

“Itu semua tak salah kalau kita jahil dan tak tahu halal haram. Faiz kena belajar sikit-sikit, nanti tahulah salah ke tak. Ini nasihat, bukan kecaman,” tulisnya. 

“Tak salah, pakailah. Tiada siapa nak marah”- Hafiz Hamidun Tegur Faiz Roslan Suka Parodi Seperti Perempuan!

Bagi MH, perkara ini ada juga betul, untuk menjaga sensitiviti adat dan agama, MH harap Faiz lebih berhati-hati dalam memuat naik foto di media sosial supaya perkara seperti ini tidak berulang pada masa akan datang.

sumber: IG & Twitter Faiz Roslan/ Twitter Hafiz Hamidun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI