Baru-baru ini penyanyi lagu Terakhir Sufian Suhaimi telah bersetuju untuk terlibat sama dalam Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia sempena sambutan Hari Peneroka Felda2017 peringkat kebangsaan.

‘Tak Perlu Jadi Urban Sangat’- Sufian Suhaimi

Menurutnya, ini bukanlah kali pertama dia melibatkan diri dengan aktiviti persembahan felda, sudah beberapa kali dan pernah mengikuti jelajah negeri ke negeri untuk meraikan warga-warga felda di Malaysia.

“Sebenarnya sebelum ini juga saya pernah terlibat dengan aktiviti persembahan seperti ini. Jika kebiasaannya mereka akan bawa satu daerah ke satu daerah kali ini mereka buat seuatu yang lain sedikit dengan mengadakan konsert sepanjang tiga hari berturut-turut.

“Saya akui saya sudah punyai repo yang baik bersama mereka semua jadi mengapa tidak untuk saya menyertai konsert sebegini?,” katanya pada MH Online.

Kami tertanya-tanya, tidakkah Sufian rasa tersaing dengan beberapa selebriti yang lebih urban kerana lebih terdedah mengikut cara bandar?

IKLAN

Jawapnya sungguh tenang dan bersahaja.

“Bagi saya, muzik ini sesuatu yang universal. Di Malaysia, walau jauh mana sekalipun kita pergi, unsur dan nilai kemelayuan itu pasti akan ada dalam sesebuah lagu.

 

“Tidak perlu menjadi orang yang terlalu ‘urban’ kerana pendengar tetap akan memilih lagu yang berunsur kemelayuaan.

 

“Lihat sahaja lagu-lagu yang saya dan beberapa rakan artis seperti Aiman Tino, Khai Bahar dan Wany Hasrita cuba sampaikan. Jika perasan kami mengetengahkan semula muzik genre 90an.

 

“Syukur pendengar terima baik lagu kami malah menjadikannya sebagai lagu kegemaran mereka,” jelasnya.

Malah Sufian juga sempat berkongsi pendapat orang-orang felda sebenarnya ada yang lebih maju berbanding orang yang berada di bandar.

Katanya, mereka diberi pelbagai kemudahan yang secukupnya seperti bekalan elektrik, air, wifi dan sebagainya.

IKLAN

Kemudahan-kemudahan ini mampu membantu setiap penduduk felda untuk memperbaiki taraf kehidupan dan berjaya mengejar cita-cita mereka.

“Walaupun saya bukanlah dari kampung felda dan hanya tinggal berdekatan dengan kawasan tersebut tetapi saya percaya mereka diberi pelbagai kemudahan dan tidaklah sedaif seperti yang difikirkan.

“Mereka dibekalkan pelbagai kemudahan seperti wifi dan saya rasa ada sesetengah dari mereka sebenarnya lebih maju dan berjaya berbanding yang berada di bandar,” katanya lagi.

Malah Sufian juga menambah, kawasan kelapa sawit itu sudah jadi seperti taman permainannya sewaktu kecil keranakebanyakan rakan-rakannya tinggal di kawasan tersebut.

Apa pon kami berharap agar konsert ini akan berjalan denganlancar dan Sufian berikan yang terbaik buat peminat feldanya.

IKLAN

Konsert ini akan di adakan pada 21 – 23 Julai 2017 di DataranPersiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya.

Selain Sufian beberapa barisan artis popular juga turut sertamemeriahkan majlis. Antaranya, Mawi, Aiman Tino, WanyHasrita, Rahmat Mega dan pelakon Que Haidar.

Penonton akan di persembahkan dengan32 lagu dan beberapapertandingan kebudayaan dan kesenian turut dianjurkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI