Penyanyi muda yang kian meningkat naik namanya di dalam industri seni, Tajul Arif kini sudah mula menceburkan diri dalam bidang lakonan.

Pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu ini memaklumkan kepada MH Online bahawa dia bakal berlakon dalam sebuah filem.

“Tajul dah mula libatkan diri dalam bidang lakonan, Insya-ALLAH dalam filem ‘Enjin Nombor 9’ di bawah arahan Raja Azmi,” katanya.

Tajul Berlakon Filem Arahan Raja Azmi

IKLAN

Memandangkan ini pengalaman pertamanya bakal menjadi seorang pelakon, kami sempat bertanyakan kepada Tajul antara bidang nyanyian dan lakonan mana satu yang lebih digemarinya.

“Antara bidang lakonan dan nyanyian saya lebih gemar bidang nyanyian kerana menjadi seorang penyanyi tidak begitu memenatkan berbanding berlakon,” jawabnya.

Tajul Berlakon Filem Arahan Raja Azmi

IKLAN

Penyanyi ini juga memberitahu bahawa dia bakal mengeluarkan single terbarunya tidak lama lagi.

“Tajul akan keluarkan single kedua yang bertajuk Melamar Rindu dan Insya-ALLAH akan dikeluarkan tidak lama lagi selewat-lewatnya pada bulan September nanti,” ujarnya lagi.

Seperti ramai yang tahu lagu duet antara Tajul dan penyanyi wanita yang memiliki suara merdu, Wany Hasrita dalam lagu yang berjudul Di sana Cinta Di Sini rindu telah mendapat sambutan daripada pendengar.

IKLAN

Tajul Berlakon Filem Arahan Raja Azmi

Ditanya adakah mereka bakal mengeluarkan lagu duet bersama lagi selepas ini, dia menjawab memang mereka dalam perancangan untuk menghasilkan lagu duet bersama lagi selepas ini.

“Memang ada lagu duet kami, saya dengan Wany Hasrita tapi mungkin lambat lagi sebab kami nak keluarkan lagu solo masing-masing dahulu dan selepas mendapat sambutan yang ok Insya-ALLAH kami akan keluarkan lagu duet kami,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI