Jutaan tahniah diucapkan kepada Siti Saleha dan Ahmad Lutfi yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.40 petang pada 28 Julai lalu.

Pasangan sedondon sama cantik sama padan ini akhirnya disatukan pada hari Jumaat dan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan yang diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara . Memang meriah dan yang paling penting Siti Saleha dah macam puteri salju.

Terbaru, Siti Saleha telah memuat naik foto-foto perkahwinannya di laman sosial Instagram miliknya dan ianya terus mendapat ribuan likes dan komen daripada pengikutnya.

Ruangan komen di instagram Saleha dihujani pelbagai reaksi dan ucapan tahniah daripada sebahagian kira-kira 1.2 juta pengikutnya di laman sosial.

Selain itu, mereka turut memuji kecantikan pelakon yang tampil sederhana tanpa busana yang berat.

Lengkap dengan persalinan merah jambu, Saleha kelihatan anggun bagai seorang seorang puteri dengan menyarungkan busana eksklusif pereka fesyen terkenal, Nurita Harith. Manakala suaminya pula nampak begitu segak dan bergaya mengenakan baju kot berwarna biru.

IKLAN

Lebih membuatkan majlis berkenaan seperti di alam kayangan ialah kek perkahwinan mereka yang indah dipenuhi rama-rama dari missshortcakes.

Majlis berkenaan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga mempelai, rakan media, rakan artis dan teman rapat.

Khas buat peminat mereka, berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi.

IKLAN

Jom kita tengok foto-foto perkahwinan Saleha dan suami:

(TAHNIAH) Siti Saleha Cantik Bak Puteri Salju Di Majlis Perkahwinan

(TAHNIAH) Siti Saleha Cantik Bak Puteri Salju Di Majlis Perkahwinan

IKLAN

(TAHNIAH) Siti Saleha Cantik Bak Puteri Salju Di Majlis Perkahwinan

(TAHNIAH) Siti Saleha Cantik Bak Puteri Salju Di Majlis Perkahwinan

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI