Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tahniah MH ucapkan buat Penyanyi Nombor 1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru saja membuat pengumuman menerusi Instagram bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan Mac depan. Bintang popular itu berkongsi berita gembira itu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-39 tahun, hari ini.

Menerusi perkongsian berkenaan yang turut ditemani suami, Datuk Seri Khalid Jiwa, penyanyi Segala Perasaan itu juga memohon agar para peminat berdoa semoga segalanya selamat dan permudahkan.

“Alhamdulillah, saya rasa hadiah paling bermakna bagi saya adalah zuariat yang bakal dilahirkan insya-Allah pada bulan Mac nanti doakan semoga ia sempurna dan nak kongsi dengan semua sempena birthday Siti, Insya-Allah apa yang kami nanti-nantikan rezeki untuk cahaya mata dan doktor telah mengesahkan kandungan Siti adalah merupakan seorang puteri. Doakan semoga puteri kami sihat, sempurna dan anak yang solehah. Terima kasih semua,” kongsinya.

Lebih tiga jam lalu,posting tersebut telah pun ditonton lebih 300,000 kali dan rata-rata peminat turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini menerusi ruangan komen. MH mengucapkan tahniah buat Siti dan suami. Mesti babygirl mereka comel kan?

 

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: