Tahniah diucapkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang telah menerima kelahiran cucu baru semalam.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Perdana Menteri kita di akaun Twitter miliknya semalam dengan meluahkan rasa syukur atas kelahiran cucunya ini.

“My new grandson, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat,” tulisnya di akaun Twitternya.

Untuk info, Adam Razak merupakan cahaya mata kepada anak perempuan Najib dan Rosmah, Nooryana Najwa dan menantu mereka Daniyar Nazarbayev.

Nooryana dan Daniyar telah bernikah pada tahun 2015 dan Adam Razak merupakan cahaya mata sulung buat pasangan ini.

IKLAN

Menerusi ruangan komen di akaun Twitter Najib pada perkongsiannya tentang cucu barunya ini, rata-rata pengikutnya telah mengucapkan tahniah.

TAHNIAH PM Dapat Cucu

TAHNIAH PM Dapat Cucu

IKLAN

TAHNIAH PM Dapat Cucu

TAHNIAH PM Dapat Cucu

IKLAN

TAHNIAH PM Dapat Cucu

Kami di MH Online juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Perdana Menteri serta seluruh keluarganya di atas kelahiran ahli keluarga baru mereka.

Semoga Adam Razak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta sentiasa memberi keceriaan buat keluarganya.

Sumber: Twitter Datuk Sri Najib Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI