Wah tak lama lagi pelakon dan pelawak wanita popular, Jihan Muse bakal bergelar ibu.

Berita gembira ini dikongsi olehnya sendiri di rancangan MeleTOP malam tadi dan dia memberitahu bahawa dia kini sudah hamil empat bulan.

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Kata Jihan dia mengalami mabuk teruk di awal kehamilannya dan selepas trimester kedua baru dia mampu untuk bekerja.

IKLAN

Sempat juga dia diusik oleh pengacara MeleTOP, Nabil Ahmad yang mengatakan kepada Jihan supaya jangan mentertawakan dirinya takut-takut nanti anak di dalam kandungan Jihan itu mengikut wajahnya.

“Kau jangan nak gelak-gelakkan aku ke bahan-bahan aku, nanti anak kau keluar capang, bibir besar,” katanya sambil ketawa

Namun dalam guraun Nabil itu Jihan sempat mengatakan, jangan cakap begitu kepada Nabil dan memberitahu bahawa bayi yang dikandungnya itu ‘Made in France’ sambil diselangi gelak tawa daripadanya.

IKLAN

“Sebenarnya masa saya shooting drama Biniku Ninja haritu, saya mengandung dalam watak tu rupa-rupanya tak sangka saya mengandung betul-betul,” ujar Jihan pada Nabil dan seluruh penonton yang hadir di rancangan tersebut.

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Di akaun Instagram milik Jihan pula jihan berkongsi gambar hadiah yang disampaikan kepadanya semasa di rancangan MeleTOP dan di ruangan kapsyen pula dia mengucapkan terima kasih dan memohon doa yang baik-baik daripada semua buat dirinya.

IKLAN

“Thank you team @meletop & YM. Thank you @jihanizer for the surprise. Thank you @mylolentertainment Alhamdulillah. Doakan yg baik2 utk saya, keluarga & kawan2 saya. Thank you jugak #binikuninja segala yg berlaku dlm cerita tu dr hilang barang, pindah randah sampai ke scene mengandung pun semua jd kenyataan. Thank you suamiku @ungkuhariz ?
#babyninja #kujijunior #sonymalaysia #rx100m5,” tulis kapsyennya.

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Kami di MH Online juga turut ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Jihan dan suaminya, Ungku Hariz yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Sumber: Instagram MeleTOP & Jihan Muse

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI