Tahniah diucapkan buat selebriti, Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan nama Faizal FBI kerana telah mendapat cahaya mata kelima baru-baru ini.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Faizal di Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur dengan kurniaan ALLAH SWT ini.

“Alhamdulillah. Syukur tak terhingga di atas kurniaan cahaya mata yg kelima seorang baby girl pagi semalam. Maaf tak sempat nak update. ???

 

“Kedua2 ibu dan anak sihat.

 

“Begitulah hikmah yg Allah tentukan. Kami pernah diuji Allah ambil balik anak yang kedua, diambilnya satu digantinya tiga. Jangan risau dan gundah dengan perancangan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Mengasihani. Bersabarlah atas apa yang berlaku, bersyukurlah dengan rezeki yang dikurnia, sedikit atau banyak.

 

“Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga doa kalian yang baik2 dikurniakan balasan yang serupa. InshaAllah #FBIfamily #newaddition #newborn,” tulis luahan syukurnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on

Tentunya sebagai seorang bapa perasaannya menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga sangat tidak tergambar betapa gembira dan bahagianya dia.

IKLAN

Di ruang komen perkongsian berita baik ini pula telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikutnya.

roslinaderaman: Tahniah abgfbi @faizalfbi76 alhamdulillah

IKLAN

riexanz: Alhamdulillah rezekiNya dipermudahkanNya..tahniah abam @faizalfbi76 n wife n sekeluarga semoga dipermudahkanNya segala urusan n rezekiNya mencurah2..amin

widiebasari: Tahniah FB… Semoga dgn kelahiran anak ke5 ni.. memberi kebahagian & rezeki yg halal lagi mencurah2… yg berpanjangan buat keluarga FB tersayang… Aamiinnn….

IKLAN

ida_sahimah: Alhamdulillah syukur ke hadratnya…tahniah dari akk faizal..serilh kita 5 sama..tapi akk semua hero

Kami di MH Online juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Faizal dan isteri atas kelahiran cahaya mata kelima ini. Semoga kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka ini akan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang di antara mereka.

Sumber: Instagram Faizal FBI

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI