Select Page
Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dan Siti Saleha

Gambar Sekitar Majlis Resepsi Ummi Nazeera Dan Siti Saleha

Baru-baru ini dua pelakon wanita, Siti Saleha dan Ummi Nazeera baru sahaja menamatkan zaman bujang mereka bersama pasangan pilihan hati mereka.

Ummi Nazeera telah diijabkabulkan pada 23 Julai yang lalu dengan jejaka pilihan hatinya, Dr. Mohd Izzar Anwari.

Majlis ketiga buat pasangan ini bertemakan konsep klasik dan majlis resepsi mereka ini telah diadakan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC.

Saleha dan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar juga turut mengadakan majlis resepsi di Hotel Inter Continental, Kuala Lumpur dan ini merupakan majlis ketiga buat mereka dan telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para tetamu jemputan.

Sungguh cantik dan kacak pasangan ini apabila memilih tema warna putih untuk majlis resepsi mereka.

Semoga ikatan perkahwinan dua pasangan pengantin baharu ini berkekalan hingga ke syurga dan dikurniakan dengan anak-anak yang bakal menambah kebahagiaan dalam keluarga yang dibina.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera & Siti Saleha

Video Menari Ummi Nazeera Di Majlis Perkahwian Jadi Bahan Bualan

Video Menari Ummi Nazeera Di Majlis Perkahwian Jadi Bahan Bualan

Selamat pengantin baru diucapkan buat pelakon wanita, Ummi Nazeera dan suaminya, Dr. Izzar Anwari yang telah selamat disatukan pada 23 Julai yang lalu.

Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis resepsi Ummi dan suami dan apa yang menarik perhatian adalah Ummi ada berkongsi sebuah video di akaun Instagramnya yang merakamkan persembahan tarian mereka di majlis tersebut.

Video ini telah mendapat lebih daripada 100,000 tontonan sejak ianya dikongsikan oleh Ummi.

Di ruangan kapsyen pula Ummi menyatakan bahawa ramai yang meminta rakaman penuh video dan dia menunaikan permintaan itu.

“Part 3. Ramai minta full dance video . Okay laaa ummi belanja my fans .. love u guys ! Always by my side,” tulisnya di ruangan kapsyen.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Wah tak sangka Ummi pandai menari. Seronok pula melihat persembahan tarian daripada Ummi dan suaminya dengan iringan tarian daripada penari latar.

Ruang komen video ini telah dihujani dengan pujian daripada peminat-peminat Ummi.

kangenwater_raihanahamdan: Happening!!😍 congrats dear @umminazeera 🌹 moga bahagia hingga ke Jannah❤️ Aminn

showtekk_: the besttttt pengatinnnnn ever💞 so comell la kak ummi😘😘😘

fiqajames: So damn cool! Bride of the year🙌

saffantasy: Suka je tengok video dancing ni. Pengantin, tetamu having fun

ramlinurmunirah: This is nice. Such a sporting n happy family. May ur marriage blessed n last till the last breath. N till jannah

Kami di MH Online mendoakan agar hubungan perkahwinan yang terbina ini berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa beroleh keberkatan daripada ALLH SWT.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Ummi Nazeera, Suami Disamakan Dengan Sesumpah?

Ummi Nazeera, Suami Disamakan Dengan Sesumpah?

Siapa sangka pelakon manis Ummi Nazeera, atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin telah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Mohd. Izzar, 30, pada 23 Julai yang lalu.

Majlis perkahwinan mereka telah diadakan di kediaman bapa saudara Ummi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi. Wanita berusia 27 tahun itu sah bergelar isteri kepada Mohd Izzar dengan sekali lafaz sahaja.

Pada majlis itu, Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan manakala mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Mata Dr Izzar sendiri langsung tidak berkelip memandang ke arah sang isteri yang kini sah menjadi miliknya. Apa tidaknya, Ummi yang tampak begitu menawan dalam persalinan rekaan Innaigroup.

Beberapa foto pernikahan mereka yang dimuat naik di laman Instagram Ummi mendapat perhatian daripada netizen. Kebanyakan netizen memuji kecantikan pelakon berkenaan, termasuklah pelamin seperti kayangan yang dipilih olehnya. 

Malangnya, beberapa netizen berpendapat bahawa pakaian Ummi yang sedondon dengan pelamin membuatkan wanita itu dan pasangannya tenggelam di sebalik pelamin. Malah ada juga yang menyifatkan mereka berdua seperti ‘sesumpah’ kerana dilihat seakan-akan menyamar dengan warna pelamin.

Selain itu, walaupun Ummi tampil cantik dengan dress lace moden dengan potongan ruffle rona nude tetapi dia seakan dia tidak menyerlah di atas pelamin kayangan itu. Ada juga berpendapat sepatutnya pengantin mengenakan pakaian pengantin yang kontra daripada warna pelamin barulah nampak pengantin pula yang menyerlah.

Ummi dan pasangan telah mengikat pertunangan pada 12 November setelah berkenalan selama tiga bulan sejak diperkenalkan oleh ibu Izzar sendiri pada 29 Januari tahun lalu. Ummi bakal muncul dengan filem terbarunya, Bisik Pada Langit.

Tahniah sekali lagi MH ucapkan kepada Ummi Nazeera dan Dr. Izzar. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Apapun Ummi kelihatan sangat cantik di hari bahagianya!

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

 

Ummi Nazeera Nikah Tertutup 23 Julai Lalu

Ummi Nazeera Nikah Tertutup 23 Julai Lalu

PUTRAJAYA, 3 Ogos – Pelakon popular, Ummi Nazeera, 27, mengesahkan selamat bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani, 30, dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai lalu, lebih awal daripada tarikh asal pernikahan itu yang sepatutnya berlangsung di sini hari ini.

Menurut Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Dato’ Zainulabadin, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

Ummi Nazeera kahwin

“Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang,” katanya.

Menyarung persalinan rekaan Innaired, Ummi ditemui ketika majlis meraikan pasangan itu selamat bernikah dengan dihadiri seramai 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaan, Yang Amat Mulia Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini.

Ummi sah diijabkabulkan bersama Izzar yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman adik kepada bapa Ummi, Yang Berbahagia Dato’ Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Ummi Nazeera kahwin

Khutbah nikah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Dato’ Rashidy Jamil Al-Rashid. Jumlah mas kahwin dirahsiakan. Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Dato’ Sri Maziah Musa dan Dato’ Ahmad Nazreem Azrul Hidayat,

bapa serta ibu Izzar, Abdul Khani Daud dan Datin Sri Nurah Abdul Rahman. Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Ummi Nazeera kahwin

Bercakap mengenai perubahan dirinya selepas bergelar isteri, Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki 11 hari mendirikan rumah tangga.

“Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.

“Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak. Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin,” jelas Ummi yang bakal meneruskan karier seni seperti biasa selepas ini.

Kedua mempelai itu merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC di sini 12 Ogos ini.

Ummi Nazeera kahwin

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.

Sementara itu, Ummi bakal muncul dengan filem televisyen terbaharunya, Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia tidak lama lagi, selain melancarkan produk kosmetik, Nazeera Village (NZRA) baru-baru ini.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: